0% GST.

IMG-20180903-WA0002

Advertisements

Analoji..

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.salam maghrib semoga Allah menerima segala amalan

*Analogi bertanya ilmu pada ahlinya*

Kalau nak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau nak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau nak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau nak tahu luasnya laut,
tanyalah ikan
Kalau nak tahu tingginya gunung,
tanyalah helang
Kalau nak tahu dalamnya lubuk,
tanyalah memerang
Kalau nak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau nak tahu panjangnya pantai,
tanyalah camar
Kalau nak tahu putihnya pasir,
tanyalah penyu
Kalau nak tahu luasnya langit,
tanyalah enggang.
Kalau nak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Kalau nak tahu kerasnya kayu,
tanyalah paku,
Kalau nak tahu kuatnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau nak tahu liatnya tangkai,
tanyalah galah.
Kalau nak tahu di mana ilmu,
tanyalah guru…
bertanyalah segala ilmu pada yg ahlinya…💚

Taqwa..

📌Tazkirah Ringkas

📑BERTAQWALAH KEPADA ALLAH WAHAI KALIAN YANG SEMPURNA AKAL

Firman Allah SWT :

فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ قَدْ أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا
[Surat At-Talaq 10]
‎Terjemahan :
“Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan”

📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti

Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Baru ada akal.

| Jangan Sampai Bumi Digoncang Baru Kita Ada Akal Mahu Mencari Tuhan |

Pada ketika itu umat manusia kebingungan sambil bertempiaran lari menyelamatkan diri seraya berteriak “Apa yang berlaku kepada bumi ini?”. Masing masing ketakutan sehingga tidak ada seorang pun yang menyibukkan dirinya kepada perkara perkara yang selain daripada menyelamatkan dirinya sendiri.

Pada hari itu juga anak pinak, pasangan, ibu ayah dan sahabat sahabat dibiarkan, harta benda tidak lagi bernilai bagi mereka, jawatan dan pangkat langsung tidak difikirkan.

Tidak! Semuanya tidak lagi menjadi keutamanaan dan keinginan. Yang mereka fikir dan inginkan hanyalah menyelamatkan diri mereka sendiri daripada kebinasaan yang sedang melanda mereka.

Lalu mereka pun menghitung hitung amalan mereka. Telahkah mereka beriman kepada Allah dan rasul rasulNya, sudahkah solat solatnya disempurnakan, tertunaikah janji janji dan amanah yang berada dibahunya, telah diampunkankah segala dosa dosa yang pernah dilakukannya, telah dipulangkankah barangan yang pernah dicuri dan bermacam macam lagi yang menyerabuti fikiran umat manusia pada ketika itu.

Situasinya ketika itu memang sangat mencemaskan dan menakutkan umat manusia kerana mereka sedar mereka tidak punya peluang lagi untuk beramal mahupun bertaubat. Dan yang sangat menakutkan mereka lagi adalah kebinasaan yang terjadi sehingga menyebabkan tidak ada lagi tempat selamat untuk berlindung. Hanya menunggu kematian sahaja.

Bumi sedang digoncang dengan segoncang goncangnya sehingga mengeluarkan isi isi yang ada di dalam perut bumi. Mayat mayat bergelimpangan, galian galian, emas serta perak tercampak keluar daripada perut bumi. Dimuntahkan oleh bumi segala gala yang ada di dalam perutnya.

Lalu tidak ada seorang umat manusia pun yang menginginkan galian galian tersebut sebaliknya mereka hanya mengeluh kekesalan kerana ketika hidupnya, galian galian itulah yang menyebabkan mereka melupakan Tuhan. Kerana merebuti galian galian itu jugalah mereka berbunuh bunuhan, melakukan kerosakan dan memutuskan sillaturrahim.

Pastinya bangunan bangunan yang kukuh mencakar langit juga tidak terkecuali mengalami kemusnahan ini. Dari bangunan yang paling kukuh sehinggalah yang paling tinggi semuanya hancur musnah tidak meninggalkan apa apa ruang untuk manusia mendapatkan tempat untuk berlindung.

Bumi seolah olah sedang menggoncangkan tubuh badannya kerana bebanan yang terlalu banyak yang ditanggung selama ini. Bukan kerana dia melakukannya kerana dia mengingkari perintah Tuhan, tetapi itulah arahan Tuhan kepadanya kerana telah sampai waktunya untuk dia menceritakan segala perilaku umat manusia selama ini.

Tidak ada satu makhluk pun yang terselamat daripada bencana pada hari itu!

Inilah gambaran hari kiamat yang diceritakan melalui Surah Al Zalzalah yang dirakamkan di dalam Kitab Suci Al Quran dan diperincikan lagi di dalam hadith Nabi SAW.

Lalu Tuhan memperingatkan orang orang yang beriman agar jangan sekali kali memperkecilkan amalan amalan yang baik walaupun ia bersaiz zarah. Begitu juga amalan amalan yang buruk walaupun sekecil saiz zarah, jangan dilakukan kerana kesemuanya akan melalui neraca timbangan amal.

Hari kiamat pasti akan berlaku! Dan pastinya Tuhan sahaja yang mengetahui tarikh dan masanya. Petanda kiamat pula banyak yang telah berlaku pada hari ini.

Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk mempersiapkan bekalan bagi diri sebelum menjelangnya hari yang tiada lagi amalan soleh dan taubat akan diterima oleh Tuhan. Wallahu’alam

#AkhiAdifGorment
14 Zulhijjah 1439H
26 August 2018

Selawat.

*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*

*Jom perbanyakkan selawat setiaphari*

❤ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

❤۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

Alhamdullilah.

==================
*LUARA BIASA….Baca dan Simak berulang-ulang, Insya Allah terurai kekusutan hati dan fikiran.*
===================
*Tulisan :* *Bapak Prof. Dr. Bj. Habibie.*_

*_Ada yang memiliki kecukupan harta dan benda, tapi dia diberi sakit yang parah,_*
.
*_Ada yang memiliki istri yang cantik, tapi dia diberi rumah tangga yang setiap hari cek-cok kabut seharian,_*
.
*_Ada yang suami – istri keluarganya lengkap diberi anak yang lucu-lucu dan sehat, tapi keluarganya, ayah-ibu, adik-kakaknya boyongan berantakan,_*
.
*_Ada yang memiliki pasangan penyabar dan penyayang, tapi dia masih merindukan momongan,_*
.
*_Ada yang memiliki suami tampan dan karier yang mampan, Tapi dia juga sering merasakan perangai suaminya yang kasar ,bergudul dan kurang perhatian,_*
.
*_Ada yang memiliki semuanya hampir sempurna, tapi dia tidak mendapat kesolehan dan merasakan manis-nya ibadah,_*

.
*_Maka yakinlah bahwa setiap orang yang memiliki kelebihan pasti ia juga memiliki kekurangan, jari kita jugak tidak sama semuanya _*
.
_*Tidak ada yang sempurna..*_

*_Belum tentu semua yang terlihat indah serta manis matang diluarnya, seperti itu juga di dalamnya,_*
.
*_Andai saja kita dapat mengetahuinya, pasti kita akan banyak bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan diri kita seperti ini tanpa melirik dan mengharapkan kehidupan orang lain yang kita idam-idamkan._*
.
*_Boleh jadi, ketika kita mengetahui keadaan yang sebenarnya, kita akan berdoa kepada Allah agar jangan diberi ujian yang sama seperti diri dia._*
.
*_Jadi sekali lagi tidak perlu iri dengan kehidupan orang lain, karena apa yang sekarang kita jalani itu adalah rejeki yang terbaik dan ternikmat yang Allah anugerahkan kepada kita,_*
.
*_Banyak hal yang baik dalam diri setiap manusia, namun kadang kita lupa mensyukuri nikmat itu,_*
.
*_Maka banyaklah bersyukur atas keadaan mu yang sekarang ini, Karena jika Allah menghendaki maka semua juga akan berubah._*
.
*_Semoga Allah senantiasa menolong kita untuk bisa menjadi hamba-hambaNya yang banyak bersyukur._ _Aamiin._*

_________________
*Wassalam,*
_*Habibie _*
Yuk yuk kirim pesan ini ke semua group ibu2 bapak2 agar orang2 selalu bersyukur..